Thursday, 20 June 2019

5 cara anda boleh merawat demam biasa di rumah

Menurut Institut Kesihatan Nasional (National Institute of Health, NIH), seorang kanak-kanak mengalami demam apabila suhu badannya melebihi 37.5 darjah celsius. Manakala bagi orang dewasa, adalah apabila suhu badannya melebihi 37.2 hingga 37.5 darjah Celsius

Apabila suhu badan melebihi suhu badan normal, ia dikenali sebagai demam. Demam merupakan salah satu simptom sekiranya badan mempunyai infeksi atau jangkitan.
Namun, tahap suhu demam untuk kanak-kanak dan dewasa adalah berlainan. Menurut Institut Kesihatan Nasional (National Institute of Health, NIH), seorang kanak-kanak mengalami demam apabila suhu badannya melebihi 37.5 darjah celsius. Manakala bagi orang dewasa, adalah apabila suhu badannya melebihi 37.2 hingga 37.5 darjah celsius.
Bagi demam yang tidak serius (suhu tidak terlampau tinggi), bolehlah mencuba ‘natural remedies’ berikut untuk membantu menurunkan suhu:

1. Mandi air suam

  • Mandi dengan air suam akan membantu menurunkan lagi suhu badan. Semasa demam, air suam juga akan rasa seperti air sejuk. Jangan cuba menurunkan demam dengan mendadak menggunakan air sejuk! Ini akan menyebabkan darah akan segera memasuki organ internal kerana ingin melindungi badan anda dari suhu yang terlampau sejuk. Namun, ini akan menyebabkan badan anda menjadi lebih panas.
  • Selain itu, bolehlah kerap mengelap badan dengan air suam terutamanya di kawasan yang mempunyai suhu tinggi seperti bawah lengan dan celah peha.
  • Selepas mandi, boleh letakkan kain atau tuala kecil basah di dahi dan belakang tengkuk.

2. Minum sup

Imej ehsan Dr.Jockers
Imej ehsan Dr.Jockers
  • Sup tulang yang direneh lama adalah sangat bagus untuk menguatkan imuniti dan mempercepatkan badan sembuh dari demam. Menurut kajian yang telah diterbitkan di CHEST: The Joural of the American College of Chest Physicians, mencadangkan yang ‘sup ayam mungkin mempunyai bahan yang memberi manfaat terhadap tindak balas perubatan.
  • Salah satu bahagian yang paling memberi manfaat menurut kajian ialah tulang rawan. Di dalam Nourishing Broth, Sally Fallon Morell dan Dr. Kaayla Daniel di dalam kajian mereka, telah mencadangkan yang tulang rawan dapat membantu menyokong fungsi imun sihat dengan ‘dengan meransang sel darah putih untuk melawan mikrob asing.”

3. Cuka epal

Imej ehsan Eat This! Not that!
Imej ehsan Eat This! Not that!
  • Cuka epal merupaan salah satu cara yang mudah dan tidak mahal untuk demam. Ia mampu membantu menurunkan suhu dengan cepat kerana asid yang hadir di dalam cuka epal membantu mengeluarkan haba dari kulit. Malah, ia kaya dengan mineral yang bagus untuk badan.
  • Tambahkan separuh cawan cuka ke dalam air suam. Rendam badan selama 5 hingga 10 minit. Ulang jika badan masih panas.
  • Campurkan dua sudu besar cuka epal dan satu sudu besar madu ke dalam air suam dan minum dua atau tiga kali sehari.

4. Makanan pedas

Imej ehsan Samui Times
Imej ehsan Samui Times
  • Taburkan lada merah ke atas makanan anda. Bahan utama iaitu capsaicin, yang memberi rasa pedas pada cili akan membuatkan anda berpeluh dan menggalakan peredaran darah yang cepat. Jadi ini akan membantu mempercepatkan proses sembuh dari demam.

5. Minum air yang banyak

glass-of-water
  • Semasa demam, adalah amat mudah untuk badan menjadi dehidrasi. Minum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas air sehari atau secukupnya hingga warna air kencing menjadi pucat.
  • Jus oren atau jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti nenas juga pilihan yang bagus kerana vitamin C boleh membantu sistem imun melawan jangkitan.
Sekiranya demam berlanjutan, suhu semakin meninggi dan terdapat simptom sampingan yang lain, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dari doktor. Saranan ‘home remedies’ ini hanyalah untuk demam biasa yang tidak kritikal. Anda juga mungkin berminat membaca tentang topik : Anak demam? Mitos dan fakta anda harus tahu

PETUA HILANGKAN BATUK

Batuk dan selsema adalah dua serangkai yang tidak dapat dielakkan. Paling tidak, dalam setahun, mesti beberapa kali kita dijangkiti batuk dan selsema. Ubat dari klinik atau farmasi biasanya sudah siap tersimpan di rumah.
Menurut Kementerian Kesihatan, antara punca yang menyebabkan batuk ialah:
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Sememangnya batuk merupakan sakit yang tidak akan berhenti selagi puncanya tidak dirawati. Namun, dengan sepuluh cara berikut, anda boleh hilangkan batuk anda. Ikuti petua hilangkan batuk di bawah ini.

1. MANDI DENGAN AIR PANAS

Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. Dengan mandi air panas, anda membolehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas anda untuk kembang.

2. TEH DAN MADU

Dari timur ke barat, meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai efek teraputik yang membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.

3. PERGI SPA URUT

Apabila sakit batuk anda telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Ia boleh melancarkan perjalanan darah serta membuat toksin-toksin yang tidak dikehendaki dalam badan anda. Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan di spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik.

4. KUNYIT

Makan masakan yang berasaskan kunyit apabila anda mempunyai masalah batuk terutamanya batuk kering. Jadi, masa lemak cili padi atau singgang merupakan antara masakan yang boleh di makan panas untuk membuatkan tekak anda rasa selesa selain menyembuhkan batuk anda.

5. AIR

Antara sebab kenapa anda batuk ialah kerana kurangnya air di dalam badan anda. Oleh itu, meminum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda. Namun anda harus ingat bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira.

6. SUP AYAM

Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan untuk merawat batuk? Kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.

7. COKLAT

Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan anda. Maka, meminum coklat panas adalah baik untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.

8. MENTHOL

Minyak sapu yang memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai methol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk anda lebih teruk daripada biasa.

9. TAMBAH BANTAL APABILA TIDUR

Sememangnya waktu paling sukar untuk tidur adalah apabila anda mengidap sakit batuk. Tidur sepanjang malam and tidak akan lena. Anda boleh cuba atasi masalah ini dengan menambah bilangan bantal di kepala apabila anda tidur kerana apabila kepala anda lebih tinggi sedikit daripada badan anda, ini membolehkan hingus atau kotoran di tekak dan hidung anda untuk hilang daripada salur penafasan anda.

10. KEBERSIHAN PERSEKITARAN

Sekiranya anda dapati diri anda sering bersin atau batuk jika berada di sesuatu kawasan, maka ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan. Walau apa ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil, tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih sedia kala.
Namun sekiranya batuk anda tidak kurang dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips-tips yang dikongsi ini hanyalah untuk membantu menghilangkan batuk dan tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor.


9 Petua Hilangkan Selsema Bayi Bawah 2 Tahun Tanpa Ubat

Ubat sinonim dengan rasa yang pahit. Pengalaman ambil ubat memang tak pernah yang elok. Semuanya pahit sepahit rasanya. Orang kata kalau tak makan ubat macam mana nak sihat? 

Tapi tahukah anda bayi bawah umur 2 tahun tidak digalakkan makan ubat. Jika kita boleh bantu seawal dari rumah, itu lebih baik kan? Ini langkah yang boleh anda lakukan.

9 cara hilangkan selsema bayi bawah 2 tahun tanpa ubat

1. Garlic Steaming

Dalam bahasa kita biasanya wapkan muka bayi bawah 2 tahun. Cara ini dapat bantu longgarkan kahak dalam paru-paru. Cara ini juga akan mencairkan hingus yang tersumbat di hidung. Halakan muka bayi ke permukaan wap. 

Kahak dan hingus yang cair akan keluar dengan banyak melalui hidung bayi. Letakkan sekali bawang putih yang diketuk ke dalam air panas sebelum proses steaming di mulakan. 

Bawang putih yang mempunyai antibiotik semulajadi akan membunuh bakteria penyebab batuk dan selsema. Lakukan selama 15 minit kemudian sedut cairan hingus dan kahak.


2. Semburan Hidung (Sterimar Nasal Spray)

Jika kita bawa bayi bawah 2 tahun yang selsema ke hospital pasti ini ‘ubat’ yang doktor beri. Ini bukanlah ubat tapi semburan yang berasaskan air laut semulajadi yang telah diproses dan selamat untuk bayi bawah 2 tahun.
Caranya:-
  • Tekan beberapa kali sehingga semburan halus keluar.
  • Boleh dudukkan kanak-kanak atau baringkan bayi anda ke sisi untuk beri kepada mengiri ke sisi.
  • Masukkan muncung spray ke dalam hidung dan tekan dengan lembut. Sekali atau 2 sudah mencukupi.
  • Sembur ke dalam sebelah hidung lagi.
  • Guna penyedut hingus untuk mengedut hingus yang cair. Jangan gunakan mulut.
  • Basuh muncungnya hinga bersih. Gunakan kembali mengikut nasihat doktor.

3. Cuci Hidung (nasal irrigation)

Cuci hidung yang tersumbat dengan air garam yang boleh dibeli di farmasi. Pastikan ia khusus untuk nasal irrigation. Kalau nak gunakan syringe pun boleh. Baringkan bayi bawah 2 tahun yang selsema ke sisi. Alirkan air melalui sebelah hidung. Hingus akan keluar mengikut hidung yang sebelah lagi. 

4. Nasal drop

Di farmasi juga ada nasal drop yang boleh di titikkan ke dalam hidung bayi bawah 2 tahun. Ia akan melembutkan hingus dan boleh sedut guna inspirator. 

5. Kerapkan penyusuan atau minum air yang banyak

Susukan bayi selsema dengan lebih kerap kerana khasiat susu ibu terbukti dapat pulihkan selsema bayi bawah 2tahun dengan cepat. Bagi anak yang sudah besar, beri anak air masak secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

6. Tidur dengan meninggikan bahagian kepala

Bayi selsema mengalami sukar tidur. Tinggikan kepala bayi selsema semasa tidur untuk bantu bayi bawah 2 tahun yang selsema bernafas dengan lebih lancar dan selesa.

7. Bawang Merah

Kupas bawang merah besar. Hiris dan tumbuk sehingga mengeluarkan jus. Letak di dalam piring dan tinggalkan berdekatan tempat tidur bayi bawah 2 tahun.

8. Minyak Bawang Putih

Petua bawang putih tidak dapat dipisahkan dengan budaya kita. Sapukan minyak bawang putih di tapak kaki, dada, belakang badan dan pelepah hidung bayi selsema. Pada waktu malam, sarungkan stokin pada bayi bawah 2 tahun yang selsema selepas sapuan minyak bawang putih.

Cara buat minyak bawang putih dengan mudah
  • Bakar bawang putih tanpa minyak di atas api dapur sehingga melepuh. 
  • Ketuk manja bawang putih sehingga terbelah sedikit. 
  • Campurkan bawang putih tersebut dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
  • Lenyek dan gaulkan bawang putih bersama minyak tersebut.
  • Sapu di dada, belakang dan tapak kaki bayi selsema.

9. Air Kunyit

Kunyit ialah antibiotik semulajadi yang membantu sistem imun melawan selsema. Gosokkan kunyit hidup di permukaan kasar untuk dapatkan airnya. Sapu air kunyit ke batang hidung bayi bawah 2 tahun. 

Cara ini boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat dan melegakan pernafasan. Anda boleh juga menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang bayi.

Tuesday, 18 June 2019

Kekurangan Enzim G6PD

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
Diagnosa
Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.
Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.
Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.
Gejala/Tanda-tanda
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.
Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
Akibat daripada hemolisis
  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan
Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).
Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.
Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 agar tidak termasuk di dalam susu ibu.
Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.
Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Gambar 1 : Bayi yang menjalani rawatan fototerapi

Gambar 2 : Kacang parang
Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis
Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
    • Chuen Lin
    • San Chi
    • 13 herbs
    • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan
  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
  • Paracetamol
  • Ascorbic acid
  • Aspirin
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Colchicine
  • Diphenhydramine
  • Isoniazid
  • Phenacetin
  • Phenylbutazone
  • Phenytoin
  • Probenecid
  • Procainamide
  • Pyrimethamine
  • Quinidine
  • Streptomycin
  • Sulfisoxazole
  • Trimethoprim
  • Tripelennamine
  • Vitamin K
  • Mefloquine

5 cara anda boleh merawat demam biasa di rumah

Menurut Institut Kesihatan Nasional (National Institute of Health, NIH), seorang kanak-kanak mengalami demam apabila suhu ba...